RENCANA

 Nasionalisme boleh diertikan sebagai semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap negara dan negera. Selain itu, nasionalisme bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi, dan sosial daripada penguasaan orang asing. Idea nasionalisme tidak sama antara negara dan zaman kerana idea tersebut berkait rapat dengan pengalaman sejarah dan pengaruh sekeliling seperti keturunan, agama, bahasa dan adat resam.

 2.Perkembangan Nasionalisme di Barat

revolusi Keagungan(1688)

Revolusi Keagungan di England berlaku disebabkan oleh keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat. Revolusi ini tercetus berikutan pemerintahan Raja James Il membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang Ahli parlimen bangkit menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak dengan sokongan Mary II dan suaminya, Raja William of Orange dari Belanda. Menyedari sokongan yang semakin berkurangan, Raja James II melarikan diri ke Perancis. Peristiwa ini dikenali sebagai Revolusi Keagungan kerana peralihan kuasa berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah.

revolusi Amerika Syarikat(1776)

Revolusi Amerika merupakan reaksi orang Amerika menentang penjajahan British, Penentangan ini disebabkan oleh tindakan British tidak melindungi hak penduduk Amerika yang merupakan sebahagian daripada empayar British. Terdapat 13 buah tanah jajahan British di Amerika. Penduduk Amerika menentang akta yang diperkenalkan untuk memungut cukai di jajahan tersebut seperti Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dun Akta Teh. Pemimpin di tanah jajahan menubuhkan kongres yang diketuai oleh George Washington dan mengisytiharkan perang terhadap British untuk memperjuangkan kemerdekaan Amerika. Kongres meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefferson pada bulan Julai 1776.  Jika sesebuah  kerajaan tidak dapat menjamin hak kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan, maka menjadi hak penduduk untuk membentuk kerajaan baharu.Revolusi Amerika berakhir pala tahun 1783, apabila British mengakui kemerdekaan Amerika. Sebunyak 13 buah bekas tanah jajahan tersebut digabungkan dan diberikan nama baharu sebagai Amerika Syarikat yang memperkenalkan sistem pemerintahan demokrasi.

revolusi Perancis(1789)

Revolusi Perancis tercetus daripada idea nasionalisme yang memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan oleh golongan pemikir Perancis seperti Jean Jacques Rousseau (Rousse ) dan Voltaire Rousseau telah menulis The Social Contract yang mengemukakan keunggulan suara rakyat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Suara rakyat digelar sebagai hasrat umum yang merupakan kata sepakat golongan yang mempunyai kesedaran. Susuran golongan revolusi adalah terhadap pemerintahun autokratik Raja Louis XVI (1774-1792) dan golongan bangsawan. Golongan ini memonopoli pelbagai keistimewaan, sebulikoya rakyat terbeban dengan pelbagai cukai. Golongan revolusi menggempur penjara Bastile, membebaskan tahanan politik dan seterusnya menggulingkan Raja Lois XVI.

3.Perkembangan Nasionalisme di Asia

revolusi China

Nasionalisme di China bertujuan mengukuhkan peradaban China dalam kalangan orang Cina daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing. Nasionalisme China bermula dengan penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu kerajaan Manchuria yang dianggap sebagai orang luar dan kehilangan mandat. Masyarakat China turut hilang kepercayaan terhadap Dinasti Manchu yang gagal menghalang kemasukan pengaruh Barat. Gerakan nasionalisme seterusnya bercorak anti Barat kerana menentang campur tangan kuasa Barat di China. Tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China ialah Dr. Sun Yat Sen. Beliau mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chw-i) sebagai ideologi perjuangan iaita nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial Prinsip tersebut menjadi asas kepada gerakan Revolusi China pada tahun 1911 yang berjaya menumbangkan pemerintahan Dinasti Manchu dan kemunculan pemerintahan republik di China

revolusi India

Nasionalisme di India adalah reaksi masyarakat tempatan terhadap dasar imperialisme British. Pemberontakan masyarakat lokal di Dohagi India tahun 1857 merupakan titik balik perkembangan nasionalisme di India.Gerakan bercorak nasionalisme awal memperhatikan isu sosioagama Brahmo Samaj dan Arya Samaj merupakan organisasi penting yang menggiatkan rasa kecintaan terhadap budaya tempatan akibat pengaruh budaya Barat.Pada awal abad ke 20 muncul gerakan bersifat keras yang diketuai oleh nasionalis radikal seperti Bal Gnghadar Tilak dan Bipin Chandra Pal.Mereka menggerakkan semangat penentangan secara militan terhadap British.

revolusi Jepun

Nasionalisme di Jepun pula digerakkan oleh pemerintah Jepun disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Banat. Maharaja Mikado Meiji (1868) melancarkan gerakan pemulihan Jepun dengan menekankan pemodenan mengikut model Barat supaya Jepun dihormati olch kuasa Barat. Prinsip dan semangat bushido dijadikan asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah semasa era Pemulihan Meiji. Pemulihan meliputi gerakan pembaharuan dalam semua aspek kehidupan yang menjadikan Jepun muncul sebagai negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat di Asia pada awal abad ke-20. 

revolusi mesir

Nasionalisme empayar Uthmaniyah dan Mesir lahir daripada kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam yang diancam oleh imperialisme Barat pada abad ke-19. Kesedaran tersebut mencetuskan gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah.Gerakan Islah merujuk gerakan pemulihan Islam. Gerakan ini telah dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh. gerakan Islah menyeru umat Islam berpegang pada ajaran Islam yang sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis.Manakal, gerakan pan islamisme pula ditubuhkan untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada kemajuan.

4.Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara

Nasionalisme Filipina

Nasionalisme di Filipina muncul untuk menghapuskan penjajahan asing. Antara tokoh nasionalis penting termasuklah Jose Rizal, Andres Bonifacio (Bonifacio serta Emilio Aguinaldo (Aguinaldo). Nasonalisme peringkat awal berbentuk gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Joe Rizal Gerakan ini menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol yang mempunyai hak yang sama seperti bangsa Sepanyol. Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pada tahu 1892 untuk mendesak kerajaan Sepanyol melakukan perubahan politik dan sosial di Filipina.Kegagalan Gerakan Propaganda mencetuskan idea nasionalisme yang lebih radikal. Benifacio menabuhkan Katipunan untuk memperoleh kemerdekaan Filipina melalui revolusi. Katipunan

Nasionalisme Burma

Nasionalisme digerakkan oleh golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat berikutan penganuh British yang mengancam kedudukan agama Buddha. Mereka menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906 untuk mengekalkun tradisi Buddha, pendidikan dan kebudayaan Burma. Persatuan tersebut menggunakan isu kasut untuk membungkitkan nasionaliame.

Nasionalisme Vietnam

Nasionalisme di Vietnam muncul akibat perubahan sosiopolitik dan sosiekonomi selepas kedatangan Perancis, terutama selepas tahun 1918. Gerakan nasionalisme Vietnam dipelopati oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada polongan Mandarin. Golangan ini memperjuangkan pemulihan sistem pemerintatan beraja. Kemunculan golongan intelektual meningkatkan kesedaran politik dan gerikan anti-Perancis. Nasionalisme Vietnam disalurkan melalui  akhbar seperti Trihune Indie dun Cloche Feler yang mengkritik penindasan Perancis dan menuntut hak rakyat Vietnam. 

Nasionalisme Indonesia

Nasionalisme di Indonesia lahir apabilatimbul isu pendidikan untuk mengubah nasib rakyat akibat dasar penjajah Belanda.Raden Adjeng Kartini memulakan perjuangan untuk memajukan pendidikan kaum wanita.Kesedaran anasionalisme seterusnya berkembang dengan kemunculan pertubuhan yang lebih tersusun seperti Muhammadiyah untuk mempertahankan agama Islam dari ancaman barat.Gerakan Nasionalisme menjadi lebih radikal apabila pertubuhan parti politik yang mempertjuangkan kemerdekaan seperti Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasionalis Indonesia.

5.Perang dunia pertama dan kedua

perang dunia pertama

perang dunia pertama hanya melibatkan kuasa kuasa eropah yang bermula dari 28 julai 1914 - 11 November 1918.Keputusan hasil Peperangan ini ialah kemenangan pihak berikat. Berakhirnya Empayar Jerman, Empayar Rusia, Empayar Turki Uthmaniyyah, dan Austria-Hungary. Terbentuknya negara-negara baru di Eropah Timur. Pihak yang terlibat ialah Pihak bersekutu dan Kuasa Tengah. Pihak Bersekutu diwakili oleh negara-negara seperti Rusia, Perancis, Kanada, United Kingdom, Itali dan Amerika Syarikat manakala Kuasa Tengah pula duwakili oleh negara seperti Bulgaria, Emapayar Turki Uthmaniyah dan Empayar Jerman serta Austria-Hungary. Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia atas pembunuhan ketua negaranya dengan sokongan Empayar Jerman pada 28 Julai 1914. Rusia membuat penyediaan menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium, sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman sebagai tindak balas ini. Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunya digelarkan "Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara-negara yang menentangi mereka digelarkan "Tentera Bersekutu". Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak dengan Tentera Bersekutu.

perang dunia kedua

perang dunia yang telah berlangsung dari tahun 1939 hingga 1945. Konflik antarabangsa ini melibatkan sebahagian besar negara-negara dunia termasuklah semua kuasa besar yang membentuk dua pakatan tentera yang utama iaitu Kuasa Bersekutu dan Kuasa Paksi.ia membabitkan lebih daripada 100 juta orang anggota tentera dari lebih 30 buah negara.Perang Dunia Kedua juga merupakan konflik yang paling banyak menyebabkan kematian dalam sejarah manusia, yang telah mengorbankan kira-kira 70 hingga 85 juta nyawa.Puluhan juta orang terkorban disebabkan oleh genosid (termasuk Holokus), pembunuhan beramai-ramai, kebuluran dan penyakit.operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan udara Jerman terhadap Poland pada September 1939, sementara operasi pertempuran terakhir ialah serangan bom atom Amerika Syarikat terhadap Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada Ogos 1945.Peperangan ini juga memperlihatkan Amerika Syarikat keluar daripada dasar mengasingkan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman, Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia yang membawa kepada Perang Dingin.Selepas tamatnya perang dunia ke-2 sebuah pertubuhan bangsa bangsa bersatu telah ditubuhkan bagi memelihara keamanan dunia dan menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang ekonomi dan sosial.

Comments