PENULISAN SEJARAH

 1.Sejauh manakah perubahan politik dunia telah mengubah tindakan dan pemikiran orang melayu sebelum merdeka

Pada pandangan saya, politik dunia telah mengubah tindakandan pemikiran orang Melayu sebelum merdeka untuk berfikiran lebih terbuka dan membuat keputusan dengan teliti.Orang Melayu menyedari perkara ini selepas penjajahan yang berlaku ke atas Tanah Melyu yang menjadikan mereka ingin bebas daripada jajahan kuasa luar.Hal ini menyebabkan orang Melayu telah bersatu dengan kaum Cina dan India untuk mendapatkan kemerdekaan.Hal ini demikian kerana, rakyat Melayu inginkan tanah Melayu lebih kuat dan bersatu seperti negara lain.Key concept change dapat diaplikasikan apabila rakyat Melayu ingin mengubah negara menjadi lebih bersatu padu.Kini, negara Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum dan bersatu padu.

2.Perjuangan nasionalis di seluruh dunia telah memberikan kesan kepada nasionalisme orang Melayu sebelum merdeka. Jelaskan.

Perjuangan nasionalisme mula diperjuangkan oleh masyarakat barat apabila mereka inginkan hak kebebasan.Nasionalisme di Malaysia berkembang dengan adanya penghayatan daripada bekas perjuangan tokoh-tokoh pejuang tanah melayu yang berjuang untuk menentang penjajah sewaktu penjajahan British, Jepun dan Komunis.Tokoh-tokoh ini mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi menyebabkan rakyat lebih menyayangi negara.Ini dapat dikaitkan dengan related concept prosess kerana mereka.berusaha untuk mencapai kebebasan negara.

3.Bagaimana nasionalisme di Asia Tenggara telah mempengaruhi politik dunia.

Nasionalisme di Asia Tenggara dilakukan secara strategik dan berperingkat.Banyak negara serata dunia memulakan Nasionalisme dengan cara sebegini.Contohnya, revolusi thai bertujuan untuk menghapuskan sistem raja berkuasa mutlak dan mahukan sistem raja berpelembagaan.Cara perjuangan tahap pertama dilakukan dengan memberikan kesedaran manakala tahap kedua adalah dengan menggunakan kekerasan.Strategi sebegini telah diaplikasikan dalam politik dunia.Related concept power boleh dikaitan kerana dengan strategi mereka mencapai kebebasan.

4.   Debatable-Generasi muda hari ini tidak patriotik dan hilang jati diri.Hujahkan

Generasi hari ini tidak begitu mengambil kisah tentang budaya dan adat tanah air, mereka kian lalai dengan hiburan barat.Adat dan budaya tradisional kini hanya diamalkan di kawasan kawasan kampung.Selain itu, remaja juga tidak mengambil tahu tentang tokoh tokoh terdahulu.Hal ini dapat menyebabkan jasa mereka dilupakan begitu sahaja.Akhir sekali, segelintir generasi hari ini tidak menghormati bangsa lain dengan berkata kesat.Hal ini dapat menimbulkan rasisme dalam kalangan masyarakat.Kesimpulannya, kita mestilah menyayangi tanah air dengan sepenuh hati agar negara aman dan damai.Oleh itu, ibu bapa perlulah mendidik semangat perpaduan dalam diri anak anak mereka.

Comments